Saturday, March 8, 2008
Datuk Seri Samy Vellu pn kalah?
mpat menteri, 10 timbalan tewas
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.
Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.
Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.
Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.
Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi.
Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.
Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong.
Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi.
Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.
Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835.
Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398.
Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943.
Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.
Tajuk Utama akhbar hari ini
3 negeri dirampas -- * Pembangkang tawan P. Pinang, Selangor, Kedah * Perak kritikal
|
|
KUALA LUMPUR 9 Mac – Barisan Nasional (BN) bagai dilanda ‘tsunami’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12 apabila secara mengejut kehilangan tiga negeri – Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, selain gagal menawan Kelantan.
Di Perak pula, keadaannya kritikal sehingga pukul 3.30 pagi ini, pakatan pembangkang telah menguasai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya menang 27 kerusi dengan tiga lagi kerusi di DUN Sungai Rapat, Simpang Pulai dan Teja belum diumumkan.
Kejatuhan ala domino ketiga-tiga negeri itu merupakan keputusan terburuk dalam sejarah BN yang dibentuk pada 1973 daripada parti Perikatan.
Mengikut rekod, Kedah dan Selangor tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang. Pulau Pinang pernah berada di bawah Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang pada tahun 1969.
Pemerhati politik menyifatkan senario ini sebagai ‘satu sentimen nasional’ yang ditunjukkan secara padu oleh para pengundi dalam pilihan raya hari ini.
Menurut mereka, beberapa isu rakyat dimainkan pembangkang terutama soal kenaikan harga barang dan beberapa isu lain membabitkan polisi kerajaan, menjadi faktor utama fenomena itu berlaku.
Antara faktor penyebab lain, menurut mereka, ialah krisis dalam BN sendiri, khususnya UMNO yang dikatakan memboikot calon sendiri akibat perebutan kerusi.
BN turut kehilangan pengaruh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila semua kerusi Parlimennya disapu bersih pembangkang kecuali Setiawangsa yang dipertahankan oleh Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Kejutan buat BN bermula di Pulau Pinang apabila pembangkang memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN.
BN hanya menang 11 DUN di Pulau Pinang, DAP pula 16 kerusi sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat lapan kerusi dan Pas satu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih disebut-sebut bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pembangkang turut mengejutkan BN di Kedah apabila sehingga tengah malam ini, Pas memenangi sekurang-kurangnya 22 daripada 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Razak diumumkan oleh parti itu awal pagi ini sebagai Menteri Besar Kedah.
Paling mengejutkan ialah kejatuhan Selangor kepada pakatan pembangkang yang diterajui Pas dan Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut keputusan tidak rasmi, DAP menguasai 14 DUN Selangor, PKR (11) dan Pas (9). BN hanya memperoleh 21 daripada 56 DUN Selangor.
Pas juga mengekalkan penguasaan di Kelantan dan sekali gus menggagalkan usaha BN untuk merampas negeri berkenaan.
Situasi di Perak juga dikatakan kritikal dengan BN dikatakan berada dalam keadaan sukar untuk mempertahankan negeri itu.
Namun, Perlis yang dikatakan akan jatuh akibat krisis dalaman politik UMNO negeri itu berjaya menguasai 100 peratus kerusi Parlimen dan DUNnya.
Sementara itu BN berjaya membentuk semula kerajaan di Sabah, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.
Pak Lah ditanya press soalan cepumas
Dalam suasana muram, Abdullah yang ditemani isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditanya adakah beliau menghadapi tekanan untuk meletakkan jawatan ekoran kekalahan banyak kerusi BN dalam pilihan raya umum kali ini di peringkat Parlimen dan DUN.
Katanya: “Saya tidak tahu siapa yang tekan saya.”
Ditanya sama ada keputusan pilihan raya semalam merupakan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Abdullah menjelaskan:
“Saya tidak lihat begitu, tetapi rakyat telah buat keputusan tidak mahu memberi undi majoriti dua pertiga kepada kerajaan BN.”
Sidang akhbar yang diadakan itu berakhir dalam tempoh tidak sampai lima minit. Ketika itu BN telah pun memenangi 130 kerusi di Dewan Rakyat. - Utusan
kekalahan Datuk Sharizat
yg ni petikan akhbar ttg apa yg aku katakan nie...
KUALA LUMPUR 9 Mac – “Saya akur mesej pengundi yang telah membuat keputusan mereka,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulas mengenai kekalahannya kepada pendatang baru daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar di kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Shahrizat yang menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 12 tahun lepas, tewas kepada Nurul Izzah, anak penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan 2,895 undi majoriti.
Beliau memperoleh 18,833 undi manakala Nurul Izzah mendapat 21,728. Calon bebas, Periasamy Nagarathnam hanya memperoleh 489 undi.
Bercakap kepada pemberita di Pusat Operasi Pilihan Raya Barisan NAsional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Shahrizat berkata, beliau sedih kerana BN tewas kerusi itu kepada pembangkang.
“Saya bekerja keras. Sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.
“Saya cintakanya, bukan sahaja kawasan itu malah penduduknya. Saya harap kerajaan akan terus menjaga Lembah Pantai. Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Mengenai kekalahan BN di banyak kawasan Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, Shahrizat berkata, kerajaan perlu mengakui angin perubahan itu.
“Sebagai ahli politik, kita jangan anggap ini sebagai halangan atau mudah mengaku kalah. Saya tidak, dan melihat perkembangan ini sebagai isyarat daripada rakyat dan saya rasa kita perlu melihatnya secara positif. Tunggu dan lihat sama ada mereka lebih baik atau tidak.
“Ahli politik tidak pernah mengalah. Saya tak mengaku kalah,” katanya.
Tuesday, March 4, 2008
tips melakukan ciuman
Di bawah ini ada beberapa tips yang mudah untuk anda lakukan ketika bersama dengan si dia untuk menambahkan keakraban dan juga kemesraan;
- Tips 1. Jaga agar anda tidak mengeluarkan air liur pada saat memulakan ciuman, walaupun anda sedang bernafsu dengan pasangan anda.
- Tips 2. Jangan sekali-kali meletakkan lidah anda di kerongkongan pasangan anda, sebab dikhuatiri nanti dia tersedak atau, jaga lidah anda untuk diri anda sendiri, setidaknya untuk ciuman pertama.
- Tips 3. Jangan biarkan pasangan anda tertidur, kerana lama menunggu anda menciumnya.
- Tips 4. Tutup mata anda pada saat menciumnya, agar sensasinya lebih terasa, dan sebaiknya lakukan hembusan nafas yang agak slow bunyinya agar menambahkan nafsu anda berdua, bukan hembusan rakus.
- Tips 5. Sentuh pasangan anda dengan sentuhan lembut setelah itu tunggu hingga si dia memberi isyarat untuk dicium .
- Tips 6. Jangan terlalu stress dan kaku, sebaliknya rileks. Bernafaslah dengan teratur jangan bernafas seperti orang dikejar anjing, bernafaslah dengan cara yang teratur supaya anda dapat mengendalikan permainan.
- Tips 7. Jangan pernah bertanya / meminta kebenaran pada pasangan anda untuk menciumnya walupun pada hemat anda ia lebih sopan, lakukan dengan agar ia kelihatan seperti satu surprise. Menanyakan pasangan anda untuk menciumnya akan membuat anda seperti takut-takut dan tidak yakin, selain itu tidak nampak kemanisannya. Sebagai lelaki anda pasti yakin dan dapat mengagak reaksi dari pasangan anda yang juga menginginkan hal yang sama.
- Tips 8. Anda harus tahu bila waktu dan masa yang sesuai untuk menciumnya, misalnya kita perbualan terhenti lalu mata anda bertemu dengan mata pasangan anda dan anda mungkin dapat menangkap isyaratnya dari tatapan matanya, maka itulah saat yang tepat.
- Tips 9. Tetap jaga sikap anda, jangan terlihat terburu-buru. Karena jika anda menciumnya dalam keadaan tergesa-gesa pasangan anda akan menganggap anda orang yang kurang sabar.
- Tips 10. Jangan sekali-kali berciuman di depan umum, apalagi didepan pasangan yang sedang bertengkar dikhuatiri terjadi pergaduhan dari kebencian dan jelikan orang lain.
12-spot-memberangsangkan-kaum-lelaki
1.BELAKANG TELINGA
Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga, jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat.Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga, kamu semua cubalah pasti berkesan.
2. TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan anda seting mencumbui atau menjilat telinga anda?, senang sahaja jawapannya ialah kerana si dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan kawasan sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding kaum lain (jantina lain). Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.
3. BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitif terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.
4. BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap- luap, tetapi berhati-hati jangan terlajak sehingga ke bahagian ketiak nanti agak berbau menghilangkan nafsu seks anda kecuali pasangan anda itu mandi.
5. PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala-ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki, jangan gigit terlalu kuat nanti berahi seks menurun terus-terus turn off. Sepatutnya gigitan ini akan menyebabkan ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar seksual ke peringkat selanjutnya.
6. ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai cubalah kalau anda tidak percaya. Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.
7. KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarang perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.
8. PUTING
Puting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada puting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkan supaya pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.
9. TAPAK TANGAN
Tapak tangan antara kawasan yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.
10. JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )
11. TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian paling bawah tulang belakang. Kawasan ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.
12. TULANG PINGGUL
Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit
Baiklah anak-anak dan kawan-kawan, selamat mencuba tetapi ingat jika anda bakal melakukan seks dengan stranger pastikan anda menggunakan protection, unless anda melakukannya dengan pasangan yang anda percaya dan terbukti bersih.
Afundi David Archuleta
nie peserta fevret aku dlm american idol. dah le kiut, vocal matured sgt..masa umur dia 13 thn, dia peserta dlm star search. masa audition american idol dia nyanyi lagu heaven. sayu sgt. lps tu aku ada gak terjumpa satu lagu dia nyanyi dlm satu majlis lagu Mary Did U know. best sgt. walau lagu tu lbh berunsur kristian. but aku suka the way dia nyanyi lagu tu. moga2 dia jadi juara American Idol kali ini. x sbr nk tgu esok apa lgu dia nyanyi.