Pages

Thursday, March 20, 2008

Miss Malaysia Universe

ratu cantik malaysia 2007


Keputusan Raja Lawak musim ke 2 NO 1 , 2 dan 3

Juara Raja Lawak Musim Ke-2

Ahmad Nabil B.Ahmad
Tempat kedua Kumpulan CHAM

Tempat ketiga Kumpulan XN3

Nabil juara Raja Lawak Astro 2008

aku agak terlewat nk note pasal citer ni. apapun minggu2 aku dah agak boring bila Raja Lawak da abis. kalo x, setiap jumaat mlm nk tgu raja lawak ni. skang yg ada ulang2 raja lawak..
LU pikirla sendiri...




PETALING JAYA - Menepati jangkaan ramai, Nabil, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 25, dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro musim kedua dalam pertandingan akhir program itu.

Mempamerkan aksi yang spontan dan bersahaja, Nabil dari Seremban merupakan peserta popular kerana kerap mendapat undian tertinggi daripada penonton.

Kemenangan Nabil melayakkan beliau meraih wang tunai RM10,000, sebuah kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium, pakej percutian ke Gold Coast, Australia dan sebuah trofi hasil kerja kerasnya selama 10 minggu dalam pertandingan itu.

Nabil menewaskan dua peserta lain iaitu kumpulan Cham yang dianggotai oleh Nizamudin Ahmad (Along) dan Asrul Zaidi Jamaludin (Azrul) serta XN3 yang dianggotai oleh Mohd. Fadhil Mohd. Nasir (Anu) dan Nor Azhar Buyong (Pak Cu).

Kumpulan Cham menduduki tempat kedua dan ketiga, XN3.

Naib juara menerima wang tunai RM8,000, pakej percutian ke Gold Coast dan trofi manakala peserta tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian ke Gold Coast dan trofi.

Persembahan peserta dinilai oleh tiga panel iaitu Zaibo, Harun Salim Bachik dan Aliza Abdullah (Enot) serta tiga juri jemputan, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan Salih Yaacob.











Wednesday, March 19, 2008

Gareth Gates 1

ni lagu yg sama dinyanyikan oleh Gareth Gates dengan David archuleta dlm top 11 nie..

ni video dia...lagu the long and winding road


David Archuleta top 11 finalist American Idol

minggu ni dia membawakan lagu The Beatles berjudul

The Long and Winding Road

The long and winding road
That leads to your door
Will never disappear
I've seen that road before
It always leads me here
Lead me to your door.

The wild and windy night
That the rain washed away
Has left a pool of tears
Crying for the day.
Why leave me standing here?
Let me know the way.


Many times I've been alone
And many times I've cried,
Anyway you'll never know
The many ways I've tried.


And still they lead me back
To the long, winding road
You left me standing here
A long, long time ago
Don't leave me waiting here
Lead me to your door.

But still they lead me back
To the long winding road
You left me standing here
A long, long time ago (ohhh)
Don't keep me waiting here (don't keep me waiting)
Lead me to your door. (yeah yeah yeah yeah)

dan di bawah ini video dia di minggu ini....
suck..sikanlahhhh..



teringat calon lelaki akhir AF5 lalu

aku still teringat calon pelajar akhir af5 lalu yg kiut2..tp utk af 6 ni belom nmpk saper yg mencuri perhatian aku. cuma mb Faisal kot...
bwh ni peserta af5 lalu yg kiut2..




























13





















23




















14 peserta akhir AF6

Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6

Daripada 25 calon pelajar, sebanyak 14 orang di antara mereka telah dipilih untuk menduduki kerusi pelajar dalam Akademi Fantasia musim baru. Dalam siaran Tirai Akademi Fantasia , Astro telah mengumumkan senarai nama calon yang berjaya. Mereka ialah:

  1. Hairina Binti Abd Halim (RINA)
  2. Siti Norsaida Binti Tarudin (SAIDA)
  3. Stracie Angle Anam (STACY)
  4. Nadia Haswani Binti Hasnan (NADIA)
  5. Stanley Maringal David Impi (STANLY)
  6. Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)
  7. Muhammad Faisal Bin Abdullah (FAISAL)
  8. Lutfyah Binti Sheikh Omar (LUFYA)
  9. Khairul Nizam Bin Baharom (TOI)
  10. Marliyana Binti Omar Walid (YANA)
  11. Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi (RIZ)
  12. Mohamad Aliff Bin Mohd Razali (ALIF)
  13. Ika Nabila Binti Abdul Rahim (IKA)
  14. Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi (NAIM)

Tahniah kepada semua

Diari Akademi Fantasia 6 akan disiarkan di Astro Ria jam 6 petang dan 9 malam setiap hari. Dihoskan oleh Sarimah Ibrahim. Kenali pelajar dengan lebih dekat dan yang penting esok akan diumumkan senarai lagu yang akan dinyanyikan untuk Konsert Pertama AF6 pada Sabtu ini.

Azhar AF6

ini merupakan peserta yg aku suka dr segi penampilan. tp dia x dpt ke pemilihan 12 perta akhir af6 la..so sad..


Azharudin Bin Ramli AZHAR

azhar af6

Nama: Azharudin Bin Ramli (AZHAR)Umur: 25 tahun

Tempat Lahir: Kuala Lumpur

Bangsa: Melayu

Status: Bujang

Tinggi & Berat: 178 cm & 67 kg

Hobi: Menyanyi, menari dan melukis gambar pemandangan

Tarikh Lahir: 8 September 1983

Penyanyi Idola: P. Ramlee, Dayang Nurfaizah

Biodata lanjut: Azhar merupakan seorang model yang macho dan juga seorang penari lincah yang sangat berbakat. Begitu komited pada bidang tarian yang diceburinya, hasratnya cuma satu iaitu ingin membantu keluarga apabila berjaya menjadi juara AF6 kelak.

Punca BN kalah teruk dlm PRU14

SEBAB MENGAPA UNDI BN MEROSOT TERUK PRU12?

March 10, 2008 · No Comments

Seperti lazim dan kebiasaannya selepas pilihanraya banyak dan pasti ada kejutan yang berlaku. PRU11 juga banyak kejutan contohnya Terengganu dirampas oleh BN semula selepas 1 penggal dipegang oleh PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi. Kerajaan PAS Klantan yang dikatakan kebal hampir tumpas kepada BN. Tuan Guru Haji Hadi sendiri tumbang di parlimen Marang. Wan Azizah hampir kecundang kepada datuk Firdaus. Kemenangan bergaya Dr Mashitah Ibrahim. dan macam2 lagi.

Tapi kali ini yang berlaku banyak kejutan adalah pada Kerajaan BN pula. Biasalah,hidup ini umpama roda kadang2 atas kadang2 bawah. Tapi BN sekarang belum ke bawah lagi.. Masih tengah2..Alhamdulillah Pak Lah.

Iklim politik Malaysia ini memang pelik. Sukar untuk lihat perubahan besar setiap kali pilihanraya. Sudah 12 kali pilihanraya. 11 kali BN menang 2/3 undi memang hebat. Tapi akhirnya fenomena perubahan berlaku walaupun bukan menukar terus kepimpinan Kerajaan Malaysia di parlimen. Tapi bagi Malaysia ini cukup membawa kejutan apabila kerajaan yang 11 penggal memerintah dengan selesa akhirnya terpaksa menerima semua ini. Ada pro dan kontra nya apa yang berlaku pada PRU12 ini.

Sebab undi BN jatuh merosot?

1. Ada orang kata sebab kepimpinan Paklah: Aku petik dari Malaysia Today. Memang Paklah yang jadi sebab kerana kepimpinan nya yg kurang tegas disamping banyak isu yang tidak diberi jawapan yang nyata sehingga orang tidak puas hati. Betulkah Pak Lah penyebabnya? aku pun tiada jawapan yang tepat. Walaubagaimanapun, Pak Lah perlu mengkaji tuduhan ini sedalam2 nya.

2. Orang kata sebab pengundi Cina beralih arah ke DAP dan begitu juga sebab pengundi India. Semuanya sebab pergolakan politik dalaman MIC dan MCA. Orang2 India dan cina marah. Ada ketidakpuashatian mereka yang diabaikan. Akhirnya semua orang kuat MIC dan MCA tumbang dalam PRU12. Presiden: Dato Samy Vellu Timb Pres:Dato G Palanivel, dan 2 Naib Pres: Dato S Sothianthan dan Dato S Veerasinggam. MIC hanya menang 3 kerusi parlimen dari 9 yang dipertandingkan. Naib Pres MIC kalah Timb Ketua MIC kalah Pengerusi MCA Wilayah Perseketuan kalah.

3.keberkesanan kempen pembangkang. PAS dengan negara kebajikanbersama PKR. DAP dengan Jom Ubah akhirnya mengubah senario politik Malaysia. Tiada lagi jaminan keselesaan untuk BN selepas ini.

4.kesilapan memilih calon. Di Lembah Pantai orang kata letak yang lebih muda. AKhirnya Izzah berusia 27 tahun menang keatas Shahrizat 55 tahun. Untuk rekod Shahrizat telah mula bertanding pada pilihanraya 1995 di lembah pantai. Calon BN ramai yang sudah tua dan perlu berundur untuk beri ruang pada muka baru.

5. Wakil rakyat BN gagal memuaskan hati pengundi sepanjang penggal yang lepas.

6. Kempen BN yang tertumpu di Pantai timur dan terlupa pada Utara dan pantai barat akhirnya mengundang padah Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang.

7. Kempen kelik kelate utk ngundi tersasar apabila majoriti pengundi yang pulang ini mengundi untuk parti pembangkang dan bukan untuk BN.

PRO DAN KONTRA

1.Mungkin ini akan beri pengajaran pada kerajaan BN supaya lebih berhati2 dan bekerja keras selepas diberi amanah sbgai wakil rakyat. jangan hanya menteri2 sahaja yang bekerja. wakil yang tak jadi menteri pun kene rajin jumpa penduduk dan tolong penduduk. BN perlu merumus dan mengkaji secara teliti apa ynag tak kene pada perjuangan mereka.Kalau tidak mungkin lepas ni kalah 2/3 pula.

2. Ini adalah masa untuk kita nilai pula kata2 pembangkang yang selama ini membidas kerajaan tidak buat kerja dan tidak telus dan macam2 lagi. Banyak janji yang mereka taburkan. adakah mampu untuk dilaksanakan. mereka perlu masa. kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangannya. kalau baik mungkin akan terus berkuasa dan kalau tak mungkin jadi seperti biasa. kalah semula selepas berkuasa.

AKHIRNYA KITA TUNGGU PRU13 sebagai jawapan kepada perubahan besar ini!!

Masjid kristal Tganu jelmaan jin?

Tuesday, March 18, 2008

Senarai Kabinet Pak Lah 2008

KABINET PAK LAH 2008

Perdana Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)

Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr. S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

Hero REMAJA 2008

Debaran Pencarian Hero Remaja, yang berlangsung di MATIC Jalan Ampang, tiba ke kemuncaknya hari ini apabila 12 finalis yang terpilih berentap untuk merebut gelaran Hero REMAJA 2008 dan gelaran sampingan yang disediakan. Ahmad Kamal Ahmad Adli telah dipilih sebagai Hero REMAJA 2008, tempat kedua Wan Hafizol Wan Omar, tempat ketiga Yeo Keong Lee. Manakala Muhammad Idris Abdul Ghafar telah dipih sebagai Hero Macho. Beliau juga telah dipilih oleh Aznil sendiri sebagai Hero Cool. Khairul Amilin Abdullah Sukor pula telah dipilih sebagai Hero Favourite Pacmee.



Mereka terdiri daripada Ahmad Kamal Ahmad Adli, Wan Hafizol Wan Omar, Mohd Hakimi Hassim, Khairul Amilin Abdullah Sukor, Mohd Aliffadhli Zakaria, Yeo Keong Lee, Syed Amir Faisal Syed Ali, Muhammad Idris Abdul Ghafar, Mohd Jaslin Puasa, Mohd Amar Hakim Mohd Mokhtar dan Amar Alfian Aziz.

Pencarian yang diadakan dua tahun sekali anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf ini bertujuan untuk mencari seorang ‘role model’ di kalangan remaja lelaki yang boleh menjadi ikon kepada remaja lain.

Pencarian yang telah dijalankan selama satu tahun itu ternyata mendapat sambutan hangat yang mana lebih 2,000 penyertaan diterima daripada pembaca REMAJA sendiri dari seluruh negara. Antara syarat-syarat penyertaannya ialah mereka mestilah warganegara Malaysia berusia antara 17 hingga 23 tahun, memiliki personaliti dan perwatakan menarik, fotogenik dan versatil.

Selain itu peserta juga dinilai dari segi penampilan serta kebolehan menjawab dengan baik soalan-soalan yang diajukan oleh para juri. Lima kategori gelaran yang bakal dibawa pulang ialah Hero REMAJA 2008, Hero REMAJA 2008 tempat kedua, Hero REMAJA 2008 tempat ketiga, Hero Favourite Pacmee dan Hero Macho.

Hero REMAJA 2008 membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Gold Coast Australia bernilai RM3,000 tajaan Air Asia X, pakej percutian ke Tokyo bernilai RM8,000 tajaan Tokyo International Talent Agency & M.A Best Event Entertainment, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM1,000 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM1,000, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM800 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Guangzhou bernilai RM2,500 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM500 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM800, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM500 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Sementara tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM1,000, tiket penerbangan pergi dan balik ke Shenzhen bernilai RM2,500 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM300 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM500, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Pertandingan ini turut menyaksikan Hero Favourite Pacmee membawa pulang wang tunai RM500, tiket penerbangan pergi dan balik ke Vientiane (Laos) bernilai RM2,000 tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM100 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM300, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Manakala Hero Macho pula menerima wang tunai RM500, tiket penerbangan pergi dan balik ke Singapura tajaan Air Asia, jam tangan Roscani tajaan Roscani Paris, barangan perapi diri bernilai RM100 tajaan L’Oreal Paris Men’s Expert, pakaian tajaan Tropicana Life bernilai RM300, pakej spa bernilai RM400 tajaan Essentia SPA, barangan wangian bernilai RM300 tajaan Egyptian Potion, trofi dan “sach”.

Majlis yang dihadiri oleh 400 orang tetamu itu telah dimulakan oleh Fifi Dancers dari UiTM dan finalis Hero REMAJA 2008 sendiri, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan artis oleh Alif Aziz, Aesar Mustafa (Equalstar), Alif Afif (My Star) dan Lah VE sebagai persembahan penutup. Acara in telah digamatkan oleh pengacara no.1 Malaysia, Aznil Hj Nawawi. Zawen, bekas Hero Remaja ke-7, telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah untuk Hero Remaja 2008.

Acara ini diadili oleh panel juri yang terdiri daripada Richie Rachman selaku ketua juri, Kudsiah Kahar, Ahmad Idham, Aleeza Kassim, Norman Hakim dan Linda Onn. Acara pada petang itu juga diserikan dengan pertunjukan fesyen dari pereka tempatan seperti, Hatta Dolmat, Bon Zainal dan Hazwani. Kesemua rekaan mereka pada petang itu adalah direka secara eksklusif untuk Hero REMAJA 2008.

Antara selebriti jemputan yang memeriahkan majlis pada petang itu adalah seperti Ashraf Muslim, Sherry, Ady Putra, Farahwahida, Sharifah Sahora, Noniswara, Rizal AF5, Almy Nadia, Nieyl (Mentor) Iwan OIAM, Khai, Rosma, Reza (Era) Wan Huzairil, Ikram Dinzly, Tuah Zulkarnain (Suria FM), Zana (Suria FM), Anahita (Dewi Remaja), Sharifah Salwa (Dewi Remaja), Ezreen (Dewi Remaja), Rabecca (Dewi Remaja), Amelina (Dewi Remaja), Irma Hasmi, Shikin (Dewi Remaja), Scha (Dewi Remaja), Zarin, Bekas Hero Remaja seperti Azhar Sulaiman, Esma Daniel Zed Zaidi, Zawen, Rizal, Faizal Yusof, Shahrizan, Yusri Adam dan ramai lagi.

Antara penaja Pencarian Hero REMAJA 2008 kali ini terdiri daripada Pacmee, Air Asia & Air Asia X, Tokyo International Talent Agency & M.A Event Entertainment, Roscani Paris, L’Oreal Paris Men’s Expert, Tropicana Life, Essentia SPA, Egyptian Potion, OneChinoiz Studio, Restoran Puteri Bongsu, A.T Azry Fazami, My Mom’s Chicken Rice Citarasa Linda Onn, Corus Hotel Kuala Lumpur, MATIC dan juga Radio Xfresh selaku radio rasmi.


Fizow..


FIZOW

Tempat Kedua: Fizow

Biodata: Wan Hafizol Wan Omar
Nama Samaran: Fizow
Asal: Kota Bahru, Kelantan
Tarikh Lahir: 19 Julai 1985
Tinggi/Berat: 176cm/71kg
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kerjaya: Pelakon/Model







Monday, March 17, 2008

Remy Ishak 3

ni remy dlm anak halal..


ni masa adegan dia kene tembak..uk alahai sadisnya...



Remy Ishak 2


tak tau naper aku suker tgk mamat remy ishak ni.....muka ala2 macho gitu....
start minat dia sejak tgk filemANAK HALAL.....then citerSINDARELA....besh2....
hope dia berjaya dalam dunia lakonan ni.....

go remy ishak....

Remy Ishak


Filem Pendek Comolot: Film Gay Melayu Yang Kontroversi

Sebuah filem arahan dan lakonlayar oleh Mohd Ikram Ismail dan dihasilkan dalam format filem pendek, maka terhasillah sebuah filem gay melayu yang penuh dengan kontroversi.

Sebenarnya, comolot sudah merata-rata sudah ditayangkan, samada di ASWARA sehinggalah ditayangkan sempena Festival Kesenian dan Muzik anjuran Rantai Art Event.

Cinta Sejenis & Sinopsis
Comolot bergerak dari satu titik berkaitan kasih sayang yang wujud antara dua insan yang sama jantina iaitu Danial yang dibawakan oleh Remy Ishak (Anak Halal) dan Aiman, dilakon oleh pendatang baru Quairel. Mereka merupakan satu pasangan kekasih yang saling mencintai. Namun, takdir telah menentukan yang Danial sudah berpunya dan terpaksa melangsungkan perkahwinan Juwita (Amiera Sulaiman). Bagaimanakah kesudahan kisah cinta terhalang ini?

Kontroversi Yang Kritikal?
Bagi Sensasi Selebriti, Mohd Ikram memang cukup berani menonjolkan sesuatu yang cukup kontroversi untuk tontonan semasa. Ianya membentuk satu paradigma yang memerlukan kita berfikir secara kritikal dan melihat melalui filem tersebut tanpa hanya memberi pendapat dari sudut luarannya.

Buka Minda?
Secara wajarnya, Comolot buka sekadar filem berkaitan dengan percintaan songsang antara sama jantina, bahkan ianya membawa satu metafor yang cukup universal iaitu mengisahkan satu rasa kasih sayang antara insan khususnya, hinggalah kepada sesama manusia amnya.

Mungkin minda dan objektif pemikiran massa di Malaysia sudah dibentuk supaya bersikap homophobia tanpa memberikan justifikasi yang adil untuk perkara seperti ini.

Maka, dengan lahirnya Comolot, ianya merupakan satu tamparan kepada budaya dan minda kita untuk menilai karya-karya yang dikatakan sebagai bergenre ‘erotik’ seperti ini.

Berani dan Nasty?
Sebenarnya, Comolot adalah satu filem yang berani dan penuh dengan keterbukaan dalam masyarakat yang cukup tertutup. Sebenarnya, filem ini bukanlah filem sampah, cuma bagi mereka yang sudah tertutup minda dan hati, maka akan menganggap filem-filem indi seperti ini adalah filem yang tiada mesejnya aatau filem sampah.

Cuma satu persoalan bagi kita, adakah kita sanggup dan dengan rela hati menerima karya seperti ini atau kita akan selama-lamanya menganggap karya-karya seperti ini cukup taboo sehinggakan kita akan menutup minda dan hati dari menerimanya. Dan yang pasti, adakah selama-lamanya kita akan menafikan satu hubungan seperti dan dan hanya melarikan diri tanpa berkesempatan mendalami dan memperbaiki perkara ini.


Sunday, March 16, 2008

lawatan

sabtu lps aku dan 2 guru lain bawa budak lawatan ke PD di bawah anjuran Kelab Pecinta Alam..
nie aku sertakan bbrp pic yg sempat aku rakamkan masa budak2 wat aktiviti..pusat nya di Ilham Resort..