Pages

Saturday, March 8, 2008

kekalahan Datuk Sharizat

aku sbnrnya bukan suka sgt berbicara pasal soal politik. tp demam pilihanraya masih lagi terasa. smlm telah dijalankan pilihanraya umum. result pun smua dah tau. yg agak menarik bagi aku ialah kekalahan Datuk Sharizat di tangan Nurul Izzah ank Datuk Seri Anwar. Aku bknnya nk sokong saper. Sebelum ni kita sedia tau betapa Datuk Sharizat memperjuangkan kaum wanita tp akhirnya tidak dpt memenangi hati pengundi. Perjuangan beliau yg memperjuangkan hak kaum wanita nmpknya masih lg tidak disenangi. kdg2 kata2 nya ada yg x sedap didengar kaum lelaki. mngkin ka itu sbbnya dia kalah sbb kaum lelaki x undi dia? ntah..aku pn x tau.

yg ni petikan akhbar ttg apa yg aku katakan nie...

KUALA LUMPUR 9 Mac – “Saya akur mesej pengundi yang telah membuat keputusan mereka,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengulas mengenai kekalahannya kepada pendatang baru daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Shahrizat yang menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 12 tahun lepas, tewas kepada Nurul Izzah, anak penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan 2,895 undi majoriti.

Beliau memperoleh 18,833 undi manakala Nurul Izzah mendapat 21,728. Calon bebas, Periasamy Nagarathnam hanya memperoleh 489 undi.

Bercakap kepada pemberita di Pusat Operasi Pilihan Raya Barisan NAsional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Shahrizat berkata, beliau sedih kerana BN tewas kerusi itu kepada pembangkang.

“Saya bekerja keras. Sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.

“Saya cintakanya, bukan sahaja kawasan itu malah penduduknya. Saya harap kerajaan akan terus menjaga Lembah Pantai. Saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Mengenai kekalahan BN di banyak kawasan Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini, Shahrizat berkata, kerajaan perlu mengakui angin perubahan itu.

“Sebagai ahli politik, kita jangan anggap ini sebagai halangan atau mudah mengaku kalah. Saya tidak, dan melihat perkembangan ini sebagai isyarat daripada rakyat dan saya rasa kita perlu melihatnya secara positif. Tunggu dan lihat sama ada mereka lebih baik atau tidak.

“Ahli politik tidak pernah mengalah. Saya tak mengaku kalah,” katanya.

No comments: