Pages

Saturday, March 8, 2008

Pak Lah ditanya press soalan cepumas

pada sidang akhbar, Pak Lah ditanya soalan yg aku rasa juga bermain2 di fikiran aku..namun begini jawapan beliau pada sidang akhbar tersebut.(petikan akhbar Utusan online 9.3.08)


Dalam suasana muram, Abdullah yang ditemani isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditanya adakah beliau menghadapi tekanan untuk meletakkan jawatan ekoran kekalahan banyak kerusi BN dalam pilihan raya umum kali ini di peringkat Parlimen dan DUN.

Katanya: “Saya tidak tahu siapa yang tekan saya.”

Ditanya sama ada keputusan pilihan raya semalam merupakan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya, Abdullah menjelaskan:

“Saya tidak lihat begitu, tetapi rakyat telah buat keputusan tidak mahu memberi undi majoriti dua pertiga kepada kerajaan BN.”

Sidang akhbar yang diadakan itu berakhir dalam tempoh tidak sampai lima minit. Ketika itu BN telah pun memenangi 130 kerusi di Dewan Rakyat. - Utusan

No comments: