Filem Pendek Comolot: Film Gay Melayu Yang Kontroversi
Sebuah filem arahan dan lakonlayar oleh Mohd Ikram Ismail dan dihasilkan dalam format filem pendek, maka terhasillah sebuah filem gay melayu yang penuh dengan kontroversi.
Sebenarnya, comolot sudah merata-rata sudah ditayangkan, samada di ASWARA sehinggalah ditayangkan sempena Festival Kesenian dan Muzik anjuran Rantai Art Event.
Cinta Sejenis & Sinopsis
Comolot bergerak dari satu titik berkaitan kasih sayang yang wujud antara dua insan yang sama jantina iaitu Danial yang dibawakan oleh Remy Ishak (Anak Halal) dan Aiman, dilakon oleh pendatang baru Quairel. Mereka merupakan satu pasangan kekasih yang saling mencintai. Namun, takdir telah menentukan yang Danial sudah berpunya dan terpaksa melangsungkan perkahwinan Juwita (Amiera Sulaiman). Bagaimanakah kesudahan kisah cinta terhalang ini?
Kontroversi Yang Kritikal?
Bagi Sensasi Selebriti, Mohd Ikram memang cukup berani menonjolkan sesuatu yang cukup kontroversi untuk tontonan semasa. Ianya membentuk satu paradigma yang memerlukan kita berfikir secara kritikal dan melihat melalui filem tersebut tanpa hanya memberi pendapat dari sudut luarannya.
Buka Minda?
Secara wajarnya, Comolot buka sekadar filem berkaitan dengan percintaan songsang antara sama jantina, bahkan ianya membawa satu metafor yang cukup universal iaitu mengisahkan satu rasa kasih sayang antara insan khususnya, hinggalah kepada sesama manusia amnya.
Mungkin minda dan objektif pemikiran massa di Malaysia sudah dibentuk supaya bersikap homophobia tanpa memberikan justifikasi yang adil untuk perkara seperti ini.
Maka, dengan lahirnya Comolot, ianya merupakan satu tamparan kepada budaya dan minda kita untuk menilai karya-karya yang dikatakan sebagai bergenre ‘erotik’ seperti ini.
Berani dan Nasty?
Sebenarnya, Comolot adalah satu filem yang berani dan penuh dengan keterbukaan dalam masyarakat yang cukup tertutup. Sebenarnya, filem ini bukanlah filem sampah, cuma bagi mereka yang sudah tertutup minda dan hati, maka akan menganggap filem-filem indi seperti ini adalah filem yang tiada mesejnya aatau filem sampah.
Cuma satu persoalan bagi kita, adakah kita sanggup dan dengan rela hati menerima karya seperti ini atau kita akan selama-lamanya menganggap karya-karya seperti ini cukup taboo sehinggakan kita akan menutup minda dan hati dari menerimanya. Dan yang pasti, adakah selama-lamanya kita akan menafikan satu hubungan seperti dan dan hanya melarikan diri tanpa berkesempatan mendalami dan memperbaiki perkara ini.
No comments:
Post a Comment