SEBAB MENGAPA UNDI BN MEROSOT TERUK PRU12?
March 10, 2008 · No Comments
Seperti lazim dan kebiasaannya selepas pilihanraya banyak dan pasti ada kejutan yang berlaku. PRU11 juga banyak kejutan contohnya Terengganu dirampas oleh BN semula selepas 1 penggal dipegang oleh PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi. Kerajaan PAS Klantan yang dikatakan kebal hampir tumpas kepada BN. Tuan Guru Haji Hadi sendiri tumbang di parlimen Marang. Wan Azizah hampir kecundang kepada datuk Firdaus. Kemenangan bergaya Dr Mashitah Ibrahim. dan macam2 lagi.
Tapi kali ini yang berlaku banyak kejutan adalah pada Kerajaan BN pula. Biasalah,hidup ini umpama roda kadang2 atas kadang2 bawah. Tapi BN sekarang belum ke bawah lagi.. Masih tengah2..Alhamdulillah Pak Lah.
Iklim politik Malaysia ini memang pelik. Sukar untuk lihat perubahan besar setiap kali pilihanraya. Sudah 12 kali pilihanraya. 11 kali BN menang 2/3 undi memang hebat. Tapi akhirnya fenomena perubahan berlaku walaupun bukan menukar terus kepimpinan Kerajaan Malaysia di parlimen. Tapi bagi Malaysia ini cukup membawa kejutan apabila kerajaan yang 11 penggal memerintah dengan selesa akhirnya terpaksa menerima semua ini. Ada pro dan kontra nya apa yang berlaku pada PRU12 ini.
Sebab undi BN jatuh merosot?
1. Ada orang kata sebab kepimpinan Paklah: Aku petik dari Malaysia Today. Memang Paklah yang jadi sebab kerana kepimpinan nya yg kurang tegas disamping banyak isu yang tidak diberi jawapan yang nyata sehingga orang tidak puas hati. Betulkah Pak Lah penyebabnya? aku pun tiada jawapan yang tepat. Walaubagaimanapun, Pak Lah perlu mengkaji tuduhan ini sedalam2 nya.
2. Orang kata sebab pengundi Cina beralih arah ke DAP dan begitu juga sebab pengundi India. Semuanya sebab pergolakan politik dalaman MIC dan MCA. Orang2 India dan cina marah. Ada ketidakpuashatian mereka yang diabaikan. Akhirnya semua orang kuat MIC dan MCA tumbang dalam PRU12. Presiden: Dato Samy Vellu Timb Pres:Dato G Palanivel, dan 2 Naib Pres: Dato S Sothianthan dan Dato S Veerasinggam. MIC hanya menang 3 kerusi parlimen dari 9 yang dipertandingkan. Naib Pres MIC kalah Timb Ketua MIC kalah Pengerusi MCA Wilayah Perseketuan kalah.
3.keberkesanan kempen pembangkang. PAS dengan negara kebajikanbersama PKR. DAP dengan Jom Ubah akhirnya mengubah senario politik Malaysia. Tiada lagi jaminan keselesaan untuk BN selepas ini.
4.kesilapan memilih calon. Di Lembah Pantai orang kata letak yang lebih muda. AKhirnya Izzah berusia 27 tahun menang keatas Shahrizat 55 tahun. Untuk rekod Shahrizat telah mula bertanding pada pilihanraya 1995 di lembah pantai. Calon BN ramai yang sudah tua dan perlu berundur untuk beri ruang pada muka baru.
5. Wakil rakyat BN gagal memuaskan hati pengundi sepanjang penggal yang lepas.
6. Kempen BN yang tertumpu di Pantai timur dan terlupa pada Utara dan pantai barat akhirnya mengundang padah Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang.
7. Kempen kelik kelate utk ngundi tersasar apabila majoriti pengundi yang pulang ini mengundi untuk parti pembangkang dan bukan untuk BN.
PRO DAN KONTRA
1.Mungkin ini akan beri pengajaran pada kerajaan BN supaya lebih berhati2 dan bekerja keras selepas diberi amanah sbgai wakil rakyat. jangan hanya menteri2 sahaja yang bekerja. wakil yang tak jadi menteri pun kene rajin jumpa penduduk dan tolong penduduk. BN perlu merumus dan mengkaji secara teliti apa ynag tak kene pada perjuangan mereka.Kalau tidak mungkin lepas ni kalah 2/3 pula.
2. Ini adalah masa untuk kita nilai pula kata2 pembangkang yang selama ini membidas kerajaan tidak buat kerja dan tidak telus dan macam2 lagi. Banyak janji yang mereka taburkan. adakah mampu untuk dilaksanakan. mereka perlu masa. kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangannya. kalau baik mungkin akan terus berkuasa dan kalau tak mungkin jadi seperti biasa. kalah semula selepas berkuasa.
AKHIRNYA KITA TUNGGU PRU13 sebagai jawapan kepada perubahan besar ini!!
1 comment:
knape entri ni sama macam entri di blog zarulazhar.wordpress? copy paste ke? perangai macam ni tak yah la berangan jadi blogger
Post a Comment