Pages

Thursday, March 20, 2008

Nabil juara Raja Lawak Astro 2008

aku agak terlewat nk note pasal citer ni. apapun minggu2 aku dah agak boring bila Raja Lawak da abis. kalo x, setiap jumaat mlm nk tgu raja lawak ni. skang yg ada ulang2 raja lawak..
LU pikirla sendiri...




PETALING JAYA - Menepati jangkaan ramai, Nabil, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 25, dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro musim kedua dalam pertandingan akhir program itu.

Mempamerkan aksi yang spontan dan bersahaja, Nabil dari Seremban merupakan peserta popular kerana kerap mendapat undian tertinggi daripada penonton.

Kemenangan Nabil melayakkan beliau meraih wang tunai RM10,000, sebuah kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto Premium, pakej percutian ke Gold Coast, Australia dan sebuah trofi hasil kerja kerasnya selama 10 minggu dalam pertandingan itu.

Nabil menewaskan dua peserta lain iaitu kumpulan Cham yang dianggotai oleh Nizamudin Ahmad (Along) dan Asrul Zaidi Jamaludin (Azrul) serta XN3 yang dianggotai oleh Mohd. Fadhil Mohd. Nasir (Anu) dan Nor Azhar Buyong (Pak Cu).

Kumpulan Cham menduduki tempat kedua dan ketiga, XN3.

Naib juara menerima wang tunai RM8,000, pakej percutian ke Gold Coast dan trofi manakala peserta tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian ke Gold Coast dan trofi.

Persembahan peserta dinilai oleh tiga panel iaitu Zaibo, Harun Salim Bachik dan Aliza Abdullah (Enot) serta tiga juri jemputan, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan Salih Yaacob.











No comments: