Pages

Thursday, March 13, 2008

"Watak gay boy tu bukan diri saya," - IQRAM



Dalam drama Din Atau Dina? pelakon Iqram Dinzly melakonkan watak seorang lelaki lembut. Dalam drama itu dia tinggal serumah dengan Shawal yang keliru pasal jantina. Shawal rasa dia sukakan lelaki dan dalam masa yang sama ada juga hati dengan wanita. Watak Iqram pula lelaki lembut yang hanya mengejar lelaki. Malah aksinya juga terliuk lentok walaupun berpakaian lelaki.

"Watak gay dalam drama itu bukan diri saya... saya melakonkannya saja. Janganlah buat tanggapan itu lah diri saya yang sebenar. Pelakon nikan perlu melakonkan apa sahaja watak yang diserahkan.

"Kalau ada yang nampak saya betul-betul macam gay boy dalam drama itu, ia tanda saya berjaya melakonkan watak dengan berkesan. Saya sedia menerima tawaran melakonkan watak lelaki lembut sebab sebagai pelakon kita kena bawa watak yang jauh daripada diri kita.

"Itulah cabaran seorang pelakon yang perlu melakonkan watak yang bukan diri sendiri," kata Iqram.

Sementara itu Iqram juga menghangatkan pawagam dengan filem Dunia Baru The Movie yang mula ditayangkan pada 7 Februari 2008. Apa yang dipaparkan dalam filem tidak sama dengan di TV.

"Dalam filem ini kami sekumpulan pelajar menaiki kereta untuk ke sebuah tempat, banyak kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan kami itu," kata Iqram kepada ManggaOnline.

Aksi Iqram juga menghiasi drama bersiri Bella untuk slot Akasia di TV3. Drama bersiri memang mampu mempopularkan pelakon kerana saban waktu ada aksi mereka. Peminat juga tak mahu terlepas apabila mengikutinya dari awal.

"Untuk watak dalam Bella, saya terpaksa mengorbankan tawaran lain. Memang ada tawaran tapi, saya kena tumpukan pada watak dalam Bella. Saya tak mahu penghayatan watak terganggu kalau terkejar tawaran lain.

"Dulu saya pernah buat macam tu... saya sendiri yang rasa bebannya kerana terkejar ke lokasi, jadi cara terbaik biarlah saya habiskan dulu penggambaran Bella sebelum fikirkan tawaran lain.

"Penggambaran Bella hampir setiap hari jadualnya dan makan masa lima bulan. Walaupun dah ditayangkan, tapi kami masih lagi sibuk di lokasi," kata Iqram pasal drama 60 episod itu.


No comments: