Ashraff Muslim mengaku ingin mendekati golongan mak nyah. Malah tidak kisah bergaul dengan golongan yang dah menyerupai wanita dan bekerja sebagai showgirl. Mengapa? Dah buang tabiat ke Ashraff ni? Bukan setakat mendekati mereka, malah Ashraff sanggup jadi seperti mereka. Hah! pasal apa jadi macam tu sekali? Jangan salah anggap... semuanya demi lakonan.
Ashraff akan jadi drag queen dalam sebuah teater muzikal. Judulnya Patung Kertas (paper dolls) yang akan dipentaskan di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 25 hingga 30 April depan. Kini Ashraf giat berlatihlah.
Selain Ashraff, turut jadi drag queen ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Zuhairi Ibrahim, Ebby Yus, Along Fariz, Syed Wafa, Aniff Ghani dan lain-lain.
"Saya mahu versatile dalam lakonan sebab itu saya terima cabaran berlakon sebagai drag queen dalam teater ini. Lagi pun inilah teater pertama saya, saya mahu ia akan terus diingati.
"Saya pernah berlakon sebagai mak nyaah dalam drama Anumerta tidak lama dulu. Daripada pengalaman itu saya boleh bawanya ke pentas teater pula. Untuk menghayati watak, kenalah bergaul dengan mereka.
"Saya perhatikan cara mereka bercakap, berjalan, merokok dan sebagainya. Memang mereka ada cara tersendiri. Jangan pula kata saya akan terpengaruh dengan cara tu. Ini hanya lakonan... sama ada boleh terpengaruh atau tidak, itu terserah kepada individu masing-masinglah... bagi saya, saya lakukan ini semata-mata kerana lakonan.
"Teater ini ada pengajaran juga... orang akan lebih faham pasal dunia mereka. Selama ini apabila kita dengar pasal drag queen kita akan nampak sisi negatif sahaja," kata Ashraff.
Teater itu turut menampilkan showgirl sebenar di bawah Ika Fancy Group. Ashraff akan mendekati mereka semasa latihan untuk memahami lebih mendalam dunia showgirl.
Ashraff kini semakin popular. Wajahnya saban minggu dapat ditonton dalam siri Impak Maksima. Dia juga masih penuh jadual penggambaran drama Dari Mata Arissa.
Ashraff juga turut menjayakan drama yang dibuat khas untuk sertai festival berjudul Jangan Lupa.
No comments:
Post a Comment